Friday, March 30, 2012

MUQADDIMAH

NOTA: Petikan dari buku tajuk yang sama, oleh Hamizul Abdul Hamid. Di terbitkan oleh : Karya Bestari Sdn Bhd @ Grup Buku Karabgkraf Sdn Bhd. lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51013888. Cetakan 1 - 2011.



" Jadikanlah hati sentiasa berebut - rebut mahu bersedekah, berzakat dan berinfak. Cetuskan rasa cemburu andai terlihat orang lain banyak beribadat dan di tangan sering tersedia menyampaikan hajat. Bisikkan pada minda bahawa kita patut lebih banyak menghulur sebagai refleksi tanda bersyukur. Gandakanlah nilai kewangan dengan keberkatan kerana natijahnya ada jaminan besar di sisi TUHAN "

Ketika diri diulit kesenangan, usah lupa masih ramai yang digayuti keperitan. Sememangnya itulah rencah kehidupan. Maka di sisi ALLAH SWT sebagai al-khalik, telah disediakan satu mekanisme mencari keseimbangan agai si kaya tidak lupa daratan dan si miskin tidak mati kelaparan.

Pada zahirnya, zakat bagai mengurangkan harta tapi yakinlah DIA akan melimpahkan keberkatan-Nya. Ingatlah... apa jua yang kita ada bukanlah milik abadi. Pasakkanlah ke dalam dada bahawa harta itu hendaklah diladeni ke jalan yang diredhai kerana itulah tanggungjawab hakiki di sisi rabbul Izzati.

Sesungguhnya, harta yang dipinjamkan itu jika ditadbir dengan baik akan memberikan ketenangan jiwa yang tidak dapat dibeli walau ditawau dengan wang berjuta. Untuk itu... tanyakanlah pada diri... sudah terbukakah jendela hati kita untuk menunaikan setiap tuntutan-Nya agar hidup ini lebih dirahmati?

Sunday, March 25, 2012

1. HARTA DAN PERSOALAN


Islam baru saja berputik

Wahyu baru sahaja berlabuh

Seorang nabi berselimut ketakutan

Datang dia membawa kehangatan

Disabarkan dengan kata – kata manis

Engkau Muhammad insan pilihan

Tidak pernah engkau melakukan kejahatan

Pasti ALLAH tidak akan mensesiakan

Lalu di sokong perjuangan baginda

Harta dilabur Islam pun menyubur

Ahkirnya dia wafat di sisi Nabi

Dengan kekayaan yang habis tiada berbaki

Namun dijamin syurga yang hakiki

Itulah khatijah kekasih Nabi

Srikandi islam mulminah sejati


Soalan:

Sebagai seorang muslim, kita memang digalakkan berusaha mencari harta kekayaan. Walau bagaimana pun, ada orang yang beranggapan bahawa menjadi kaya boleh memyebabkan mereka lalai dan lagha dalam mendekati agama. Maka apakah jawapan yang terbaik kepada kita dalam usaha mencari harta dan kekayaan?

Jawapan :

Tidak sukar menilai kebaikan Islam kerana ia bukan agama eksklusif. Semua orang berhak mengkaji dan memiliki Islam. Memiliki Islam bermakna memiliki kesejahteraan. Sejahtera kerana Islam meletakkan prioriti terhadap elemen keselamatan akidah (anutan agama atau kepercayaan), nyawa,akal,keturunan (nasab) dan harta. Dalam istilah agama, lima perkara ini dinamakan maqasid syariah.

Tuesday, March 20, 2012

ISI KANDUNGAN


1.1. Islam memelihara Harta
1.2. Berharta Ada Adabnya
1.3. Harta itu Memang Perhiasan Dunia
1.4. Melunak sabar dalam Berharta
1.5. Sebaik - baik Harta
1.6. Qana'ah Itu Ubat Dalam Berharta
1.7. Harta Itu Dilaburkan, Bukan Dileburkan
1.8. Antara Kebajikan Harta, Utamakan Yang Terdekat
1.9. Kenapa Memberi? Kerana Itulah Falsafah Dalam Islam
1.10. Bijaklah Dalam Mengurus Harta
1.11. Sudah Tahu, Namun Masih Sukar Berkongsi Harta?
1.12. Jika Memberi , Cubalah Sebanyak-Banyaknya

2. HARTA DAN KEBERKATAN

2.1. Bagaimana Menambah Nilai Kewangan Kita?
2.2. Nah! Inilah Jalan Buat Mencari Keberkatan
2.3. Mencari Keberkatan : Zakat Ada Jawapannya
2.4. Rahsia Abdul Rahman Bin 'Auf Menjadi kaya
2.5. Rasulullah Untuk Diteladani, Bukan Sekadar dikagumi

3. ZAKAT DAN ANDA

3.1. Zakat : Alat Mengukur Kekayaan
3.2. Kenapa Perlu Berzakat?
3.3. Zakat: Formula ILAHI Untuk Kita
3.4. Fahami Syarat Dalam Berzakat
3.5. Zakat Sebagai Batu Loncatan

4. ISU ISU ZAKAT SEMASA

4.1. Menganjak Paradigma Baru Zakat
4.2. Zakat: Potensi Dalam Memperkasa Umat
4.3. Zakat: Penanda Aras & Agen Mobiliti Sosio - Ekonomi Umat
4.4. Pandangan Islam Terhadap Agih Sendiri Zakat
4.5. Fungsi Zakat Dan Cukai Dalam Zakat
4.6. Mengkomersialkan Zakat

5. ISU - ISU KEMISKINAN

5.1. Kenapa TUHAN Jadikan Aku Miskin
5.2. Kaya Vs Miskin Dalam Islam
5.3. Tiru Nabi Tangani Kemiskinan
5.4. Fenomena Ambang Kemiskinan: Peranan Aktif Zakat