Sunday, March 25, 2012

1. HARTA DAN PERSOALAN


Islam baru saja berputik

Wahyu baru sahaja berlabuh

Seorang nabi berselimut ketakutan

Datang dia membawa kehangatan

Disabarkan dengan kata – kata manis

Engkau Muhammad insan pilihan

Tidak pernah engkau melakukan kejahatan

Pasti ALLAH tidak akan mensesiakan

Lalu di sokong perjuangan baginda

Harta dilabur Islam pun menyubur

Ahkirnya dia wafat di sisi Nabi

Dengan kekayaan yang habis tiada berbaki

Namun dijamin syurga yang hakiki

Itulah khatijah kekasih Nabi

Srikandi islam mulminah sejati


Soalan:

Sebagai seorang muslim, kita memang digalakkan berusaha mencari harta kekayaan. Walau bagaimana pun, ada orang yang beranggapan bahawa menjadi kaya boleh memyebabkan mereka lalai dan lagha dalam mendekati agama. Maka apakah jawapan yang terbaik kepada kita dalam usaha mencari harta dan kekayaan?

Jawapan :

Tidak sukar menilai kebaikan Islam kerana ia bukan agama eksklusif. Semua orang berhak mengkaji dan memiliki Islam. Memiliki Islam bermakna memiliki kesejahteraan. Sejahtera kerana Islam meletakkan prioriti terhadap elemen keselamatan akidah (anutan agama atau kepercayaan), nyawa,akal,keturunan (nasab) dan harta. Dalam istilah agama, lima perkara ini dinamakan maqasid syariah.